Pengangkutan darat Pengangkutan_di_Selangor

Bas dan teksi

Perkhidmatan Bas di negeri ini disediakan oleh perkhidmatan bas Rapid KL, Metro Bus, City Liner dan Smart Selangor. Bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ialah Bas Smart Selangor yang merupakan perkhidmatan bas pertama di Malaysia dan disediakan secara percuma tanpa perlu membayar untuk menaikinya. Manakala perkhidmatan teksi pula, boleh berhubung dengan perkhidmatan teksi di sekitar Lembah Klang seperti Grab (MyTeksi), Uber, MyCab, Zepp On dan sebagainya. Perkhidmatan teksi ini boleh membawa penumpang dari destinasi di sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur. Airport Limo Malaysia pula menawarkan perkhidmatan kereta sewa yang dibawa oleh pemandu daripada lokasi penumpang terkini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau daripada lapangan terbang tersebut ke tempat yang dikehendaki penumpang.

Kereta api, LRT dan MRT

Perkhidmatan kereta api komuter (penumpang) dari Bandaraya Kuala Lumpur (KL Sentral) melalui Stesen Kampung Abdullah Hukum, Petaling Jaya, Subang Jaya, Bandar Klang dan Pelabuhan Klang. Terdapat juga perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Sungai Buloh dan Rawang. Selain itu perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Serdang, Kajang,Bangi, Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan. Dalam hal ini juga, semua kereta api boleh berhubung dengan perkhidmatan stesen kereta api lain di Stesen KL Sentral, iaitu stesen pengangkutan moden di pusat bandar. Selangor juga boleh menggunakan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) Rapid KL Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang.

Selain itu, bagi pengangkutan barang dan kargo KTM memberi perkhidmatan dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Selangor.